Friday, December 31, 2010
Bye 2010
Tahun Depan
Thursday, December 30, 2010
Ayu & Boy E-Day *more
Piala Suzuki AFF
Apa yang menjadi topik perbualan dah tentulah si keeper yang hot dan yummy tu, Fahmi. Owhh bukan sahaja ada rupa tapi dia hebat menepis bola supaya tidak masuk ke gawang gol. Eyhhh dah macam pengulas bola sepak pulak ni. Hasbullah Awang dah boleyh bersara dah. Ramai yang boleyh buat ulasan secara Live di Facebook. HAHA.
Dan dan dan si Boyfriend pun kemain excited lagi nak sambut pemain pemain kebangsaan tiba di KLIA. Hahaha. Siap pegi tunggu lagi kat sana. Tak tahu lah kot kot dia bawak sepanduk ke kan. Saya dah suruh mintak kan sign si keeper tu. HAHA ;)
Dan apa yang paleng menggembirakan, Jumaat diisytihar sebagai cuti umum sempena kejayaan Malaysia. Best lahh kan terus sambung New Year pulak. Heyyy sapa yang untung? Pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia jugakkkk. HAHA. Dorg mesti cuti jugak kan? Kan? Kan? Nahhh kalah pun dapat cuti tauuu!
p/s : Heyyy Boyfriend, awak adalah STALKER yang dibenarkan. Saya suka awak stalk saya, Haha :P
Owh Stalker
Hey hey. Kau takda keje laen ke selain dari nak stalk org. Untuk apakah? Memang hobi? Owh annoyed nye. Ada pulak tu stalker yang dekat facebook, mula mula add, lepas tu delete. Apakah? Memang nak stalk lah kan. Kali ini, terima kasih sebab kau delete diri kau sendiri dari aku yang duk susah susah delete kau. Lepas tu duk sibuk sibuk nak jadi parasit dekat semua wall post aku. Wth? Okay, dah cukuplah kutuk orang dengan 2 perenggan ni. HAHA
Hoi stalker masih lagi membaca? Jangan risau, saya akan private blog saya jika perlu dan awak tak boleyh stalk lagi. Nah nah! Sapa makan cili dia terasa pedasnya! HAHA.
Wednesday, December 29, 2010
Happy 24th Anniversary
yang ke 24 buat Ayahanda & Bonda tercinta. Moga kebahagiaan kekal selamanya dan moga Allah panjangkan umur Ayahanda & Bonda. Amin.
Empat Puluh Empat
Nahhhh! Memandangkan saya dah lama gyle tak upload gambar sendiri kan. Asek asek gambar orang je. Haa amek ni. Kurus kan! Kurus tak? Kurus tak? Sebab masa pegi engagement my cousin Ayu hari tu, Mak Andak saya tegur kata saya kurus. Eyhhh tapi mcm biasa je 44kg. Tapi tapi tapi saya nak gain kan ke 46kg dan maintain 46. Okay lepas ni kena makan fastfood banyak banyak. Gahhh! HAHA.
Tuesday, December 28, 2010
Ayu & Boy E-Day
My cousin, Ayu and her fiance.
26th December 2010 - Ayu, 23rd, congrats on your engagement day with Boy ;) You look so beautiful on that day cousin.
Berbelas belas hantaran berbalas berbelas belas juga dari pihak lelaki. Meriah dan chomeyl. Moga segalanya berjalan dengan lancar dan insyaAllah hingga ke jinjang pelamin dan kemudian hingga ke akhir hayat.
Okay tengok gambar memang macam dua pasangan yg berbeza kan sbb kaler baju dorg laen. HAHA. Boy la ni degil xnk pakai baju sama kaler dgn Ayu. Okay lantaklah jalan jugak. HAHA. Hey hey hey pelamin yang Maksu buat tu cantek gyle okay. Maksu, Ida nak jugak time tunang nanti. Hehe okay lambat lagi ble ntah :P Owh btw, best gyle tau sbb salah satu hantaran Blackberry. Best gyleeeee! And and handbag, wallet dan sandal dari GUESS. Owhhhh~
And and and Happy Birthday juga Ayu pada hari berikutnya, 27 December :) Best lahh lepas tunang terus birthday kan. Moga bahagia.
TAG 16
Nama saya Zahidah Zainal. Berumur 22 tahun dan bakal masuk 23 tahun pada February tahun depan. Saya tak sombong, tapi saya tidak bercakap dengan orang yang saya tidak kenal. Bila dah kenal maka huru hara lah semua! HAHA.
2. Kenangan Terindah?
Kenangan terindah? Hmm semua kenangan yang membahagiakan merupakan kenangan yang terindah buat saya.
3. Kenangan Terpahit?
Begitu juga dengan kenangan terpahit. Semua yang mengecewakan merupakan kenangan terpahit bagi saya.
4. Biggest Secret?
Rahsia terbesar? Biarlah rahsia tetap menjadi rahsia. Nama pun rahsia kan. Hanya saya dengan Allah SWT sahaja yang tahu okay :)
5. Kalau anda dilahirkan semula, Anda nk jadi siapa?
Kalau saya dilahirkan semula, saya masih ingin menjadi diri saya tetapi mengharapkan semua yang berlaku pada saya lebih baik dari kejadian pertama saya.
6. Anggota badan yg anda ingin ubah? dan mengapa?
Anggota badan yang ingin saya ubah? Saya bersyukur dengan kejadian Allah dan tidak berniat untuk mengubahnya.
7. Perkara apa yg terbodoh dan anda menyesal melakukannya sepanjang hidup?
Perkara terbodoh yang pernah saya lakukan? HAHA ntahla saya tak dapat berfikir buat masa ni :P
8. Date with Celebrity, Anda nk pilih sapa dan Di mana?
Kalau saya berpeluang untuk date bersama celebrity, saya akan memilih Awal Ashaari. HAHA awww saya suka lah. Dia kacak tahu. Owh tapi ini semua tidak mungkin sebab nanti Scha Al-Yahya serang saya. Mampos :P
9 . Andakah anda Buta, Pekak atau bisu?
Alhamdulillah, saya tidak mempunyai apa apa kecacatan dan saya bersyukur kepada-Nya.
10. Orang kata first Love ni paling susah nk lupa, Apa kata anda dan mengapa?
First love, mungkin ada betulnya. Tapi, sampai bila kita nak ingat benda lama. Berusahalah untuk membuka buku baru. Mungkin first love kita bukan jodoh kita. Percayalah, ada orang yang lebih baik di luar sana selain first love kita. Kalau dah jodoh tak kemana kan?
11. Mati tu menakotkan atau jalan keluar dari masalah, Kalau diberi pilihan, Anda nk mati dalam keadaan apa?
Pilihan untuk mati? Kalau saya pilih untuk tidak mati? Hmm tapi setiap orang pasti akan mati kan. Jika saya diberi pilihan, saya mahu mati dalam keadaan sempurna disamping orang orang yang saya sayangi dan biarlah saya mati kerana ajal telah sampai dan bukan mati kerana malapetaka. Nauzubillah. Taknaklah cakap pasal mati mati.
12. Perkataan yg paling anda benci?
Perkataan yang saya benci? "Ex-girlfriend." HAHA boleyh?
Selepas menjawab Tag ini, Anda dikehendaki mentag 5 dari kawan-kawan anda.
Selamat Men-Tag
sapasapa saja lebih lima orang pun takpa :)
Sunday, December 26, 2010
Irna & Syed E-Day
25th December 2010 - Irna, 23rd, congrats on your engagement day with Syed ;) You look so beautiful on that day cousin.
3 hantaran berbalas 5 dari pihak lelaki. Simple tapi chomeyl. Moga segalanya berjalan dengan lancar dan insyaAllah hingga ke jinjang pelamin dan kemudian hingga ke akhir hayat. Awww cepat kasi anak buah memandangkan awak cucu 1st yang tunang dan bakal kawen. HAHA
Thursday, December 23, 2010
Handal Membebel
Dalam kes pagi tadi, saya kejut awak pukul 7 pagi then awak suruh saya kejut balek pukul 7.30 tapi tapi tapi awak tdooooooooooooooooooooooo balek sampai tak dengar saya call. Dari pukul 7.30 sampai pukul 8 tau saya call awak. Sampai batery fon saya pun dah low.
End up, awak tak pegi kelas kan pagi tadi. Saya call awak pukul 12 baru awak bangun. Haaaa susahnya nak kejut. Siram pakai air satu baldi kang! Nak? Nak?
Akibat dia awak dapat mimpi yang saya bebel dekat awak sebab susah nak bangun sebab tdo lambat sampai tak pegi kelas. Haaa tulahhh baru awak tau saya handal membebel sampai awak terbawak bawak dalam mimpi. HAHA. Saya rasa sebab awak mimpi tulah awak bangun pukul 12 tu. Kalau tidak mesti awak bangun time nak Maghrib. Kan! Kan!
Kalau awak susah nak bangun tdo lagi saya muncul dalam mimpi awak lagi dan bebel sampai awak terjaga dari tdo. Ha nak tak? Nak tak? Tau pun takot. HAHA
Askar Gege Yg Kecil Molek - 3
Sunday, December 19, 2010
If We Ever Meet Again
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question,
no matter how silly it sounds!
Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note,
and make sure to tag the person who sent you this.
The answer to #20 is the Title of your note
1. If someone says, “Is this okay?” you say
CELA - Boneca *haha. tulah kau sape suruh tanya*
2. How would you describe yourself?
FALL FOR YOU - Secondhand Serenade *awww melting*
3. What do you like in a guy/girl?
SOLO - Iyaz *haha nenoneno. tak semestinya lah*
4. How do you feel to today?
WITH YOU - Chris Brown *ini berangan namanya. wan jauh nun di sana. with you amenda*
5. What is your life’s purpose?
KU MAHU - Siti Nurhaliza *cool. hehe*
6. What's your motto?
IS IT YOU? - Cassie *haha. pun boleyh soalan dijawab dgn soalan*
7. What do your friends think of you?
MASIH - Flop Poppy *haha. bongok lah shuffle ni*
8. What do you think of your parents?
MY HEART WILL GO ON - Celine Dion *aww so sweet*
9. What do you think about very often?
NO AIR - Jordin Spark ft. Chris Brown *yela mcm mana nak hidup without air kan? haha L.O.L*
10. What is 2 + 2?
INILAH CINTA - Akim *chomeylnya! haha 2+2 equal to me+you*
11. What do you think of your best friend(s)?
POP YEH YEH - V.E *hoyeah hoyeah*
12. What do you think of the person you like?
CLUMSY - Fergie *mean Mohd Ridzwan lah kan? clumsy. haha*
13. What is your life story?
I LAY MY LOVE ON YOU - Westlife *huish kemain. malu lah. haha*
14. What do you want to be when you grow up?
BEAUTIFUL GIRL - Jojo *aww. okay ini gedik. haha*
15. What do you think of when you see the person you like?
BABY IT'S FACT - Hellogoodbye *ape banyak sangat soalan the person u like like ni. haha*
16. What will you dance to at your wedding?
TOO LITTLE, TOO LATE - Jojo *haha. lantak*
17. What will they play at your funeral?
WHINE UP - Kat Deluna ft. Elephant Man *haha. naseb baek play list dlm fon kalau dlm latop lglah macam macam lagu yg keluar*
18. What is your biggest fear?
BILA RINDU - Ruffedge *takot apanya. bestlah bila rindu ni. adoi*
19. What is your biggest secret?
ME & YOU - Cassie *haha. aww i love this one yeah*
20. What will you post this as?
IF WE EVER MEET AGAIN - Timbaland ft. Katy Perry *pun boleyh. haha*
*yang diTAG !
.: Nabila Zazali :.
Friday, December 17, 2010
Askar Gege Yg Kecil Molek - 2
Haa bukan! Bukan! *sambil geleng geleng kepala* Ini bukan kerja saya tau yang suruh dia buat macam ni. Dia yang buat sendiri. HAHA lariiiiiii!
Nur Wahida Safaruddin
Nur Wahida Safaruddin. Orangnya chomeyl. Kecik molek saja, putih melepak, sengal, dan kelakar pula. HAHA. Dia saya kenal sejak di KPTM dulu. Saya panggil dia dengan nama Mek. Taktau lah kenapa panggil Mek sebab semua budak kolej dulu pun panggil Mek. Mungkin sebab dia berasal dari Kelantan.
Terima kasih Mek kerana awak doakan kebahagiaan saya dekat blog entry awak. Terima kasih tau tau tau. Malu ni malu. HAHA. Awak jangan sedih sedih okay. Kalau awak sedih awak isi lah masa dengan menyiram pokok kaktus awak tuu :P
Hey hey. Kte kan ada simpan impian dan cita cita untuk berkongsi idea dalam mengepost blog entry pasal hati dan perasaan. HAHA macam mana nak start ni? Saya dah buntu tau. Idea datang tiba tiba. Sekarang dia taknak datang. Mungkin laen kali. Dan dan dan, awak datanglah KL nanti kte pegi maen Ice Skate seperti yg awak pinta. Awww.
Tengok tengok! Chomeyl kan! Suke tau gambar ni. HAHA
Thursday, December 16, 2010
Sebelas
Wednesday, December 15, 2010
Ice Skating
Sunday, December 12, 2010
Alphabet
Thursday, December 9, 2010
I'm Used To Be Alone
Mungkin awak semua tak tau yang saya lebih senang mengekspresi emosi dengan cara penulisan berbanding percakapan. Mungkin saya rasa saya lebih baek dalam penulisan dari communication. Sebab tu lah saya tak jadi nak amek course Mescom dulu ;) Multimedia pun okay lah kan tak payah cakap banyak banyak dekat depan.
Dan kerana itulah apabila terjadinya perbalahan atau salah sangka, saya lebih memilih untuk berdiam diri dan menjawab hanya 2 3 suku kata apabila ditanya. Owh ya, dan mungkin kerana itu juga ramai yang sering berkata ini "You ni kat dalam facebook kemain rancak, kat luar kemain diam" atau ini "Kenapa you diam je ni You marah dekat I ke?" Ahaa terbukti kan?
Dan dengan kelebihan saya mempunyai blog ini, saya sering mengambil peluang untuk menulis tak kisah la post entry saya tentang ayat ayat cinta ke, atau perasaan rindu ke, atau sedang marah ke, atau mungkin kadang kadang sedang merajuk ke dan bermacam macam atau lagi.
Malah, ditambah pula saya merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai sesiapa untuk berbicara *tak termasuk ibu bapa, sebab xkan pasal cintan cintun pun nak cerita kat dorg kan* dan kawan kawan pula jauh *tak kan setiap kali nak cakap cakap nak kene pegi kat dorg dgn kadar segera kan*. Yang saya ada cuma handphone, facebook, blog dan kadang kadang YM atau skype untuk saya mencari sesiapa saja yg saya rasa okay untuk saya berbicara dan menghiburkan hati yang kadang kadang sunyi sepi aku benci tu!
Sebab tu lah kalau awak perasan, saya bergiat aktif dekat fb, boleh kata dekat status semua org saya ada. What do you expect? Dah lah kat rumah tak tau nak borak dengan siapa *tak termasuk ibu bapa*, then tak kan nak call bf setiap 5minit, lama lama die pun jadi rimas kan, die mesti banyak lagi benda nak buat selain layan kite kan dan tak kan pula nak call semua kawan kawan habeslah kredit. Jadi sebab tulah saya sentiasa jadi parasit dekat fb orang :) At least saya dapat feedback dan boleh berkomunikasi di situ.
Mungkin bagi sesetengah orang, fb taklah seberapa penting, hanya laman sosial yang boleh dianggap seperti membuang masa. Tapi bagi saya, fb lah merupakan medium paleng senang untuk saya borak borak dengan kawan kawan saya. Lain lah kalau kita ada BBM kan, boleh lah replace fb.
Dan kebetulan pula tadi saya singgah di blog kawan saya, Nur Wahida, jadi memang macam ngam lahh sebab dia juga ada mengepost entry pasal perasaan dan ianya dalam bentuk penulisan :)
Dan lagi sekali, tujuan saya post entry ni sebab saya nak bagitau apa yg saya rasa tapi dlm bentuk penulisan. Okey habes. Maaf lah panjang sangat nak kena baca.
Tuesday, December 7, 2010
Ada Hikmah Disebalik 2 December 2010 Itu
Terdetik hati ini untuk berkongsi blog entry kawan baek saya atau lebeyh senang saya bahasakan sebagai BFF, iaitu Siti Nadiah Abdah *saya panggil dgn nama Ct. sila rujuk sini untuk lihat siapa gerangannya*. Owh bunyi entry kali ni mcm serius je kan. Tapi memang serius. Kawan saya yang dr UTM terlibat dalam kemalangan di lebuhraya ketika mahu pulang untuk cuti semester. Berita sampai ke telinga pada malam keesokan harinya. Mungkin Ct sendiri yg tidak mahu kawan kawan risau dengan keadaannya. Tarikh 2 December 2010 *sape rajin bacalah* menjadi tarikh kemalangan berlaku. Mujur 5 dari 10 orang kami terus melawat Ct di rumah setelah mendapat tau berita ini.
Ct, seperti awak tau,
awak, ternyata sangat mulia
saya baca blog awak pasal 2 dec 2010
saya sedih tau kerana,
saat awak sudah terbaring di tepi highway
sedang tangan awak kesakitan
sedang awak menangis ketakutan
awak masih lagi sempat bertanya tentang keselamatan org laen
awak sangat mulia dan awak sangat sayangkan org org yang ada disekeliling awak
ape yg berlaku ada hikmah
Allah memberikan awak peluang kedua kerana Dia tahu masih ramai org yg sayangkan awak dan memerlukan awak dan tidak mahu awak pergi :'(
saya sayang awak ♥
Monday, December 6, 2010
Rawatan Rambut Yang Mahal Di Salon :P
Hye hye! Selamat datang Disember. Owh hujung Disember ni dua org cousinku yang berumur 23 tahun nak tunang dah. Omg! Omg! Tinggallah aku terkontang kanting sorg sorg semua dah melangkah setapak ke hadapan.. Okay bukan tu tujuan post kali ni ditulis. HAHA.
Sebenarnya, hmm lama kan xupdate blog. Nak dekat seminggu tu kira lama lah kan? HAHA. Owh tak, lepas je post pasal "Sebab Saya Sayangkan Awak" dekat previous post, terus xda idea nak update blog. HAHA sebab kan sebab kan kawan kawan banyak bagi puji pujian. Owh malunya awww! Malu tau! Sungguh :P Ok sekali lagi tu bukan tujuan post kali ni. HAHA bengong!
Ok sudah! Sudah. Ni tengok gambar kat bawah cool kan rambut jadi curl selepas cabut chopstick dari rambut. Haa dekat situ dah jimat dah xpayah beli curler beratus ratus ringgit. Beli chopstick je RM2. HAHA. Owh suke lah gaya penjimatan yang baru ni. Rambut pun xcepat rosak berbanding guna curler. Yeah!
p/s : kelakar lah awak tersedu tadi. Nak cakap pun susah saya asek tergelak je :D
Tuesday, November 30, 2010
"Sebab Saya Sayangkan Awak"
Sebab saya tak nak sakitkan hati awak dengan kata kata kesat saya.
Kenapa saya lambat keluar dari kereta awak bila kita sudah habis date?
Sebab sebenarnya saya masih tak nak balik lagi.
Kenapa saya asyik menangis depan awak?
Sebab saya tau awak akan pujuk saya dan lap air mata saya waktu tu.
Kenapa saya pegang tangan awak bila nak lintas jalan?
Sebab saya takut. Saya takut awak kena langgar tapi pada masa yang sama saya pun tak berapa pandai nak lintas jalan.
Kenapa saya duduk sebelah awak kalau kita makan sama sama?
Sebab saya akan lebih berselera dengan cara tu. HAHA :)
Kenapa saya selalu pendam apa yang saya rasa?
Sebab saya nak awak yang rasa sendiri.
Kenapa saya call awak 247?
Sebab saya tak tau saya nak call siapa dah.
Kenapa saya selalu nak cakap dengan awak?
Sebab dengan siapa lagi saya nak bercakap selain dengan awak?
Kenapa saya selalu lambat kalau nak keluar dengan awak?
Sebab saya selalu tak tau nak pakai baju ape dan tengok cermin banyak kali untuk kelihatan okay bila dengan awak. Maaf sebab saya buat awak tunggu.
Kenapa saya tulis semua ni?
Sebab saya nak awak tau yang saya sayangkan awak.
Saturday, November 27, 2010
Matpid & Kak Chibi E-Day
Friday, November 26, 2010
Chopstick
p/s : sebab awak suka tengok saya ikat sanggul pakai chopstick, jadi saya beli 1 lah :)
Thursday, November 25, 2010
Kucing Blend. Yummy!
Mandi Dengan Tepung
Wednesday, November 24, 2010
Wedding Kakak Nadia
Ini ada sedikit gambar masa kakak Nadia kawen. Nadia adalah budak rumahku yg agak agresif masa kat Ipoh dulu. Bukan agak tapi memang agresif. HAHA
Ok ini pengantin. Eyh bukan bukan. HAHA. Ini tuan punya blog dengan kekasih hati. Serba biru. Auwmm!
Haa ini baru pengantin dengan adiknya iaitu Nadia yang super agresif. Cantek kan baju kawen die. Awww suke la!
1 2 3 4 semuanya belum kawen. HAHA
Okay inilah kitorang yang datang makan free. Sedap gyle okay Nadia bapak kau masak. TQ.