Tuesday, December 28, 2010

TAG 16

1. Kenalkan diri anda.
Nama saya Zahidah Zainal. Berumur 22 tahun dan bakal masuk 23 tahun pada February tahun depan. Saya tak sombong, tapi saya tidak bercakap dengan orang yang saya tidak kenal. Bila dah kenal maka huru hara lah semua! HAHA.

2. Kenangan Terindah?
Kenangan terindah? Hmm semua kenangan yang membahagiakan merupakan kenangan yang terindah buat saya.

3. Kenangan Terpahit?
Begitu juga dengan kenangan terpahit. Semua yang mengecewakan merupakan kenangan terpahit bagi saya.

4. Biggest Secret?
Rahsia terbesar? Biarlah rahsia tetap menjadi rahsia. Nama pun rahsia kan. Hanya saya dengan Allah SWT sahaja yang tahu okay :)

5. Kalau anda dilahirkan semula, Anda nk jadi siapa?
Kalau saya dilahirkan semula, saya masih ingin menjadi diri saya tetapi mengharapkan semua yang berlaku pada saya lebih baik dari kejadian pertama saya.

6. Anggota badan yg anda ingin ubah? dan mengapa?
Anggota badan yang ingin saya ubah? Saya bersyukur dengan kejadian Allah dan tidak berniat untuk mengubahnya.

7. Perkara apa yg terbodoh dan anda menyesal melakukannya sepanjang hidup?
Perkara terbodoh yang pernah saya lakukan? HAHA ntahla saya tak dapat berfikir buat masa ni :P

8. Date with Celebrity, Anda nk pilih sapa dan Di mana?
Kalau saya berpeluang untuk date bersama celebrity, saya akan memilih Awal Ashaari. HAHA awww saya suka lah. Dia kacak tahu. Owh tapi ini semua tidak mungkin sebab nanti Scha Al-Yahya serang saya. Mampos :P

9 . Andakah anda Buta, Pekak atau bisu?
Alhamdulillah, saya tidak mempunyai apa apa kecacatan dan saya bersyukur kepada-Nya.

10. Orang kata first Love ni paling susah nk lupa, Apa kata anda dan mengapa?
First love, mungkin ada betulnya. Tapi, sampai bila kita nak ingat benda lama. Berusahalah untuk membuka buku baru. Mungkin first love kita bukan jodoh kita. Percayalah, ada orang yang lebih baik di luar sana selain first love kita. Kalau dah jodoh tak kemana kan?

11. Mati tu menakotkan atau jalan keluar dari masalah, Kalau diberi pilihan, Anda nk mati dalam keadaan apa?
Pilihan untuk mati? Kalau saya pilih untuk tidak mati? Hmm tapi setiap orang pasti akan mati kan. Jika saya diberi pilihan, saya mahu mati dalam keadaan sempurna disamping orang orang yang saya sayangi dan biarlah saya mati kerana ajal telah sampai dan bukan mati kerana malapetaka. Nauzubillah. Taknaklah cakap pasal mati mati.

12. Perkataan yg paling anda benci?
Perkataan yang saya benci? "Ex-girlfriend." HAHA boleyh?

Selepas menjawab Tag ini, Anda dikehendaki mentag 5 dari kawan-kawan anda.
Selamat Men-Tag
sapasapa saja lebih lima orang pun takpa :)


No comments: