Thursday, December 16, 2010
Sebelas
Wednesday, December 15, 2010
Ice Skating







Sunday, December 12, 2010
Alphabet
Thursday, December 9, 2010
I'm Used To Be Alone
Mungkin awak semua tak tau yang saya lebih senang mengekspresi emosi dengan cara penulisan berbanding percakapan. Mungkin saya rasa saya lebih baek dalam penulisan dari communication. Sebab tu lah saya tak jadi nak amek course Mescom dulu ;) Multimedia pun okay lah kan tak payah cakap banyak banyak dekat depan.
Dan kerana itulah apabila terjadinya perbalahan atau salah sangka, saya lebih memilih untuk berdiam diri dan menjawab hanya 2 3 suku kata apabila ditanya. Owh ya, dan mungkin kerana itu juga ramai yang sering berkata ini "You ni kat dalam facebook kemain rancak, kat luar kemain diam" atau ini "Kenapa you diam je ni You marah dekat I ke?" Ahaa terbukti kan?
Dan dengan kelebihan saya mempunyai blog ini, saya sering mengambil peluang untuk menulis tak kisah la post entry saya tentang ayat ayat cinta ke, atau perasaan rindu ke, atau sedang marah ke, atau mungkin kadang kadang sedang merajuk ke dan bermacam macam atau lagi.
Malah, ditambah pula saya merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai sesiapa untuk berbicara *tak termasuk ibu bapa, sebab xkan pasal cintan cintun pun nak cerita kat dorg kan* dan kawan kawan pula jauh *tak kan setiap kali nak cakap cakap nak kene pegi kat dorg dgn kadar segera kan*. Yang saya ada cuma handphone, facebook, blog dan kadang kadang YM atau skype untuk saya mencari sesiapa saja yg saya rasa okay untuk saya berbicara dan menghiburkan hati yang kadang kadang sunyi sepi aku benci tu!
Sebab tu lah kalau awak perasan, saya bergiat aktif dekat fb, boleh kata dekat status semua org saya ada. What do you expect? Dah lah kat rumah tak tau nak borak dengan siapa *tak termasuk ibu bapa*, then tak kan nak call bf setiap 5minit, lama lama die pun jadi rimas kan, die mesti banyak lagi benda nak buat selain layan kite kan dan tak kan pula nak call semua kawan kawan habeslah kredit. Jadi sebab tulah saya sentiasa jadi parasit dekat fb orang :) At least saya dapat feedback dan boleh berkomunikasi di situ.
Mungkin bagi sesetengah orang, fb taklah seberapa penting, hanya laman sosial yang boleh dianggap seperti membuang masa. Tapi bagi saya, fb lah merupakan medium paleng senang untuk saya borak borak dengan kawan kawan saya. Lain lah kalau kita ada BBM kan, boleh lah replace fb.
Dan kebetulan pula tadi saya singgah di blog kawan saya, Nur Wahida, jadi memang macam ngam lahh sebab dia juga ada mengepost entry pasal perasaan dan ianya dalam bentuk penulisan :)
Dan lagi sekali, tujuan saya post entry ni sebab saya nak bagitau apa yg saya rasa tapi dlm bentuk penulisan. Okey habes. Maaf lah panjang sangat nak kena baca.
Tuesday, December 7, 2010
Ada Hikmah Disebalik 2 December 2010 Itu
Terdetik hati ini untuk berkongsi blog entry kawan baek saya atau lebeyh senang saya bahasakan sebagai BFF, iaitu Siti Nadiah Abdah *saya panggil dgn nama Ct. sila rujuk sini untuk lihat siapa gerangannya*. Owh bunyi entry kali ni mcm serius je kan. Tapi memang serius. Kawan saya yang dr UTM terlibat dalam kemalangan di lebuhraya ketika mahu pulang untuk cuti semester. Berita sampai ke telinga pada malam keesokan harinya. Mungkin Ct sendiri yg tidak mahu kawan kawan risau dengan keadaannya. Tarikh 2 December 2010 *sape rajin bacalah* menjadi tarikh kemalangan berlaku. Mujur 5 dari 10 orang kami terus melawat Ct di rumah setelah mendapat tau berita ini.
Ct, seperti awak tau,
awak, ternyata sangat mulia
saya baca blog awak pasal 2 dec 2010
saya sedih tau kerana,
saat awak sudah terbaring di tepi highway
sedang tangan awak kesakitan
sedang awak menangis ketakutan
awak masih lagi sempat bertanya tentang keselamatan org laen
awak sangat mulia dan awak sangat sayangkan org org yang ada disekeliling awak
ape yg berlaku ada hikmah
Allah memberikan awak peluang kedua kerana Dia tahu masih ramai org yg sayangkan awak dan memerlukan awak dan tidak mahu awak pergi :'(
saya sayang awak ♥
Monday, December 6, 2010
Rawatan Rambut Yang Mahal Di Salon :P
Hye hye! Selamat datang Disember. Owh hujung Disember ni dua org cousinku yang berumur 23 tahun nak tunang dah. Omg! Omg! Tinggallah aku terkontang kanting sorg sorg semua dah melangkah setapak ke hadapan.. Okay bukan tu tujuan post kali ni ditulis. HAHA.
Sebenarnya, hmm lama kan xupdate blog. Nak dekat seminggu tu kira lama lah kan? HAHA. Owh tak, lepas je post pasal "Sebab Saya Sayangkan Awak" dekat previous post, terus xda idea nak update blog. HAHA sebab kan sebab kan kawan kawan banyak bagi puji pujian. Owh malunya awww! Malu tau! Sungguh :P Ok sekali lagi tu bukan tujuan post kali ni. HAHA bengong!
Ok sudah! Sudah. Ni tengok gambar kat bawah cool kan rambut jadi curl selepas cabut chopstick dari rambut. Haa dekat situ dah jimat dah xpayah beli curler beratus ratus ringgit. Beli chopstick je RM2. HAHA. Owh suke lah gaya penjimatan yang baru ni. Rambut pun xcepat rosak berbanding guna curler. Yeah!
p/s : kelakar lah awak tersedu tadi. Nak cakap pun susah saya asek tergelak je :D








