Thursday, December 9, 2010

I'm Used To Be Alone

"I'm used to be alone. So, I'm gonna be okay. You don't have to worry"

Mungkin awak semua tak tau yang saya lebih senang mengekspresi emosi dengan cara penulisan berbanding percakapan. Mungkin saya rasa saya lebih baek dalam penulisan dari communication. Sebab tu lah saya tak jadi nak amek course Mescom dulu ;) Multimedia pun okay lah kan tak payah cakap banyak banyak dekat depan.

Dan kerana itulah apabila terjadinya perbalahan atau salah sangka, saya lebih memilih untuk berdiam diri dan menjawab hanya 2 3 suku kata apabila ditanya. Owh ya, dan mungkin kerana itu juga ramai yang sering berkata ini "You ni kat dalam facebook kemain rancak, kat luar kemain diam" atau ini "Kenapa you diam je ni You marah dekat I ke?" Ahaa terbukti kan?

Dan dengan kelebihan saya mempunyai blog ini, saya sering mengambil peluang untuk menulis tak kisah la post entry saya tentang ayat ayat cinta ke, atau perasaan rindu ke, atau sedang marah ke, atau mungkin kadang kadang sedang merajuk ke dan bermacam macam atau lagi.

Malah, ditambah pula saya merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai sesiapa untuk berbicara *tak termasuk ibu bapa, sebab xkan pasal cintan cintun pun nak cerita kat dorg kan* dan kawan kawan pula jauh *tak kan setiap kali nak cakap cakap nak kene pegi kat dorg dgn kadar segera kan*. Yang saya ada cuma handphone, facebook, blog dan kadang kadang YM atau skype untuk saya mencari sesiapa saja yg saya rasa okay untuk saya berbicara dan menghiburkan hati yang kadang kadang sunyi sepi aku benci tu!

Sebab tu lah kalau awak perasan, saya bergiat aktif dekat fb, boleh kata dekat status semua org saya ada. What do you expect? Dah lah kat rumah tak tau nak borak dengan siapa *tak termasuk ibu bapa*, then tak kan nak call bf setiap 5minit, lama lama die pun jadi rimas kan, die mesti banyak lagi benda nak buat selain layan kite kan dan tak kan pula nak call semua kawan kawan habeslah kredit. Jadi sebab tulah saya sentiasa jadi parasit dekat fb orang :) At least saya dapat feedback dan boleh berkomunikasi di situ.

Mungkin bagi sesetengah orang, fb taklah seberapa penting, hanya laman sosial yang boleh dianggap seperti membuang masa. Tapi bagi saya, fb lah merupakan medium paleng senang untuk saya borak borak dengan kawan kawan saya. Lain lah kalau kita ada BBM kan, boleh lah replace fb.

Dan kebetulan pula tadi saya singgah di blog kawan saya, Nur Wahida, jadi memang macam ngam lahh sebab dia juga ada mengepost entry pasal perasaan dan ianya dalam bentuk penulisan :)

Dan lagi sekali, tujuan saya post entry ni sebab saya nak bagitau apa yg saya rasa tapi dlm bentuk penulisan. Okey habes. Maaf lah panjang sangat nak kena baca.

3 comments:

Jelly Hijau said...

Baby, same la, saya pn lagi suka mnulis untuk expresi rasa.heee,

Zahidah Zainal said...

kan kan kan
saya dgn awak sama lah

shuhadawahab said...

chill babe (^_^)
namow sdeyh2 yer..