Tuesday, December 7, 2010

Ada Hikmah Disebalik 2 December 2010 Itu

Terdetik hati ini untuk berkongsi blog entry kawan baek saya atau lebeyh senang saya bahasakan sebagai BFF, iaitu Siti Nadiah Abdah *saya panggil dgn nama Ct. sila rujuk sini untuk lihat siapa gerangannya*. Owh bunyi entry kali ni mcm serius je kan. Tapi memang serius. Kawan saya yang dr UTM terlibat dalam kemalangan di lebuhraya ketika mahu pulang untuk cuti semester. Berita sampai ke telinga pada malam keesokan harinya. Mungkin Ct sendiri yg tidak mahu kawan kawan risau dengan keadaannya. Tarikh 2 December 2010 *sape rajin bacalah* menjadi tarikh kemalangan berlaku. Mujur 5 dari 10 orang kami terus melawat Ct di rumah setelah mendapat tau berita ini.

Ct, seperti awak tau,

awak, ternyata sangat mulia
saya baca blog awak pasal 2 dec 2010
saya sedih tau kerana,

saat awak sudah terbaring di tepi highway
sedang tangan awak kesakitan
sedang awak menangis ketakutan
awak masih lagi sempat bertanya tentang keselamatan org laen
awak sangat mulia dan awak sangat sayangkan org org yang ada disekeliling awak

ape yg berlaku ada hikmah
Allah memberikan awak peluang kedua kerana Dia tahu masih ramai org yg sayangkan awak dan memerlukan awak dan tidak mahu awak pergi :'(

saya sayang awak

No comments: