Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF


Harimau Malaya! Aummmm! Dah jenuh dah harimau harimau semua mengaum dekat Facebook tu. Dah kenyang baham si Garuda pun masih lagi mengaum! HAHA. Sana sini profile picture warna kuning dan gambar Harimau tuuu tanda sokongan ke atas pasukan bola sepak kebangsaan di kejohanan Piala Suzuki AFF malam tadi. Dah macam Zoo dah Facebook tu. Harimau banyak sangat. Takotttt! HAHA.

Apa yang menjadi topik perbualan dah tentulah si keeper yang hot dan yummy tu, Fahmi. Owhh bukan sahaja ada rupa tapi dia hebat menepis bola supaya tidak masuk ke gawang gol. Eyhhh dah macam pengulas bola sepak pulak ni. Hasbullah Awang dah boleyh bersara dah. Ramai yang boleyh buat ulasan secara Live di Facebook. HAHA.

Dan dan dan si Boyfriend pun kemain excited lagi nak sambut pemain pemain kebangsaan tiba di KLIA. Hahaha. Siap pegi tunggu lagi kat sana. Tak tahu lah kot kot dia bawak sepanduk ke kan. Saya dah suruh mintak kan sign si keeper tu. HAHA ;)

Dan apa yang paleng menggembirakan, Jumaat diisytihar sebagai cuti umum sempena kejayaan Malaysia. Best lahh kan terus sambung New Year pulak. Heyyy sapa yang untung? Pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia jugakkkk. HAHA. Dorg mesti cuti jugak kan? Kan? Kan? Nahhh kalah pun dapat cuti tauuu!

p/s : Heyyy Boyfriend, awak adalah STALKER yang dibenarkan. Saya suka awak stalk saya, Haha :P

No comments: