Tuesday, March 8, 2011

Bonda

Hye! Kembali lagi setelah genap satu bulan tidak mengupdate blog. Owh atau mungkin sebulan lebih. Dalam masa sebulan lebih ni, saya diuji dengan pelbagai cabaran. Sungguh saya tidak kuat, tetapi orang orang disekeliling yang memberi semangat untuk saya menjadi kuat seperti saya hari ini. Terima kasih. Dan kerana cabaran cabaran itulah saya sudah begitu lama meninggalkan blog.

Tanggal 30 January 2011, Bonda dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana disyaki ada ketumbuhan di dalam rahim. Oh betapa hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya saat mendengar berita ini dari doktor. Namun, saya berpura pura tabah supaya Bonda tidak turut sedih. Apa yang menjadi lagi menyedihkan, hari itu merupakan hari kelahiran Bonda :( Selamat Hari Lahir Bonda.

Empat hari Bonda ditahan di HBKL, ramai kawan kawan dan saudara mara yang datang melawat termasuk Encik Boyfriend. Selama empat hari itu juga, 7 botol air telah dimasukkan ke dalam tubuh Bonda. Sana sini lebam sebab kena inject.

Hari kelima Bonda diarah untuk pulang ke rumah sementara menunggu turn untuk membuat CT Scan pada minggu berikutnya (11 February 2011) bagi tujuan mengenal pasti adakah sahih berita yang mengatakan bahawa Bonda mempunyai ketumbuhan itu benar.

Sementara menunggu keputusan CT Scan iaitu seminggu selepas CT Scan dijalankan, Paksu dan Maksu mengambil keputusan untuk membawa Bonda berjumpa dengan doktor pakar di Selangor Medical Center (SMC). Dan doktor mengesyorkan supaya Bonda mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jika ingin mendapatkan tarikh yang cepat untuk membuat operation membuang rahim, berikutan HBKL punya tarikh yang lambat iaitu pada akhir bulan March.

Dan keesokan harinya (16 February 2011) , Bonda terus ditahan dan dirawat di PPUM sebelum operation dijalankan.

18 February 2011, doktor memasukkan filter ke dalam tubuh Bonda bagi mengelakkan komplikasi ketika pembedahan dan bagi mengelakkan darah dari masuk ke dalam paru paru sewaktu pembedahan.

Tiap tiap hari saya berulang alik dari Taman Melati ke PPUM.

Operation dijalankan pada hari Khamis (24 February 2011). Bonda dimasukkan ke dalam dewan bedah pada pukul 5 petang. Dan sekali lagi, hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa sayu hati melihat staff nurse menolak katil Bonda masuk ke dewan bedah. Saya sempat mencium Bonda beberapa kali dan berbisik pada Bonda "Mak jangan takut tau". Hati menahan sebak sambil melihat Bonda mengangguk angguk kan kepalanya dan memberi sebuah senyuman sehingga bayang Bonda hilang setelah pintu dewan bedah ditutup :( Air mata menitik lantas pintu ditutup.

Saya kembali bergegas ke kampus kerana ada test pada pukul 8 malam. Dan sedang saya membuat test, saya mendapat mesej dari seorang cousin, Ayu.

"Mak kau sedar sedar je tanya kau.
Aku yang terharu. Bergenang air mata".

Tengah buat test ni hati meronta ronta nak pergi sangat PPUM masa tu jugak. Habes je test, terus gerak PPUM. Saya terus mendapatkan Bonda dan menggenggam tangan Bonda sementara banyak wayar wayar dilekatkan ke tubuh Bonda. Alhamdulillah, operation selamat dijalankan tanpa sebarang komplikasi.

Keesokan harinya Bonda sudah boleh berjalan :) Walaupun masih lemah, tetapi ini merupakan langkah pemulihan yang baik.

Kini, Bonda masih lagi menjalani rawatan susulan di PPUM sementara menunggu untuk proses Chemotherapy nanti.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang sangat kuat atas sokongan, dorongan, bantuan dan perhatian dari semua ahli keluarga terutamanya Paksu dan Maksu. Alhamdulillah.

2 comments:

Anonymous said...

well said dearly zahidah.. terasa apa yang kau rasa bila bace entry ni.. semoga mak cepat sembuh.;) amin..

~ct~

NorHayimah said...

alhamdulillah semuanya selamat ...
hope lps ni tak akan diduga lg mcm ni ..hope lps ni akan berjln seperti biasa ..nad pon sedih sbb mak nad lalui bnda yg sma ..bila baby cerita ..,nad jd terigt apa yg jd kt mak nad jugak ..kita doa sama2 ..nad pon selalu doa supaya mak kawan2 nad selamat dunia akhirat ..