Tuesday, March 22, 2011

Happy Hour Eleven BFF










Last Saturday, semua BFF jumpa lagi. Yang mana dari Johor, Melaka semua balik. Yeah! Inilah gathering paleng singkat sekali untuk kumpulkan semua BFF yang ada untuk berjumpa. Kalau tak, mesti kena plan setting date sebulan sebelum tu. HAHA.

Okay mula mula kitorg makan dekat HAYAKI lepas tu pegi karoke. Owh sangatlah meaningful gyle kali ni sebab ada luahan dari hati ke hati. Sampai part karoke pun ada yang nanges. Cool kan?

Tuesday, March 8, 2011

Best Damn Thing

Happy Birthday to us! 2oth and 23rd February. 23 years old but both still looking good. Ahahaha.

Okay gambar pertama wallet Renoma, saya bagi dekat Boyfriend. Chomeyl kan ada zip zip tu. Mmg saje je nak rumitkan awak bukak wallet. HAHA.

Gambar kedua, lingerie La Senza, Boyfriend bagi dekat saya. Awww! Sweet sangat tau. Bukan semua lelaki berani pergi masuk kedai lingerie sorg sorg. HAHA.

Gambar ketiga, badge Birthday Boy and Girl yang ktorg pakai masa keluar sama sama. Pun chomeyl. Tapi tapi sorry sebab yg pasal i careless tu :(

Gambar last tu. HAHAHA pun chomeyl jgk sgt amat paleng sbb sbb sbb Boyfriend saya sungguh sungguh tau buat teknik kolaj gambar ktorg dua ni dan bg frame ni dekat saya. HAHA. Gunting pun senget senget. Kelakar lah. I love you!







20th February - 23rd ;)




Birthday kali ni disambut dengan penuh kesederhanaan. Itu pun tanpa disangka. Sebab BFF datang PPUM masa tengok Bonda sambil bawak cake yg chomeyl. Rupanya dorg ada planning nak celebrate dekat karoke. Suddenly Bonda kena tahan dekat wad so dorg dtg je PPUM bawak cake dan lawat Bonda sekali. Btw, really preciate it sebab you guys sweet sangat. Sory tau korg xdpt nak have fun malam tu sbb kena stay PPUM. Xpe, nanti kita pegi karoke eyh bila semuanya dah okay. This I promise you guys :) Lots love. XOXO.

Bonda

Hye! Kembali lagi setelah genap satu bulan tidak mengupdate blog. Owh atau mungkin sebulan lebih. Dalam masa sebulan lebih ni, saya diuji dengan pelbagai cabaran. Sungguh saya tidak kuat, tetapi orang orang disekeliling yang memberi semangat untuk saya menjadi kuat seperti saya hari ini. Terima kasih. Dan kerana cabaran cabaran itulah saya sudah begitu lama meninggalkan blog.

Tanggal 30 January 2011, Bonda dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) kerana disyaki ada ketumbuhan di dalam rahim. Oh betapa hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya saat mendengar berita ini dari doktor. Namun, saya berpura pura tabah supaya Bonda tidak turut sedih. Apa yang menjadi lagi menyedihkan, hari itu merupakan hari kelahiran Bonda :( Selamat Hari Lahir Bonda.

Empat hari Bonda ditahan di HBKL, ramai kawan kawan dan saudara mara yang datang melawat termasuk Encik Boyfriend. Selama empat hari itu juga, 7 botol air telah dimasukkan ke dalam tubuh Bonda. Sana sini lebam sebab kena inject.

Hari kelima Bonda diarah untuk pulang ke rumah sementara menunggu turn untuk membuat CT Scan pada minggu berikutnya (11 February 2011) bagi tujuan mengenal pasti adakah sahih berita yang mengatakan bahawa Bonda mempunyai ketumbuhan itu benar.

Sementara menunggu keputusan CT Scan iaitu seminggu selepas CT Scan dijalankan, Paksu dan Maksu mengambil keputusan untuk membawa Bonda berjumpa dengan doktor pakar di Selangor Medical Center (SMC). Dan doktor mengesyorkan supaya Bonda mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jika ingin mendapatkan tarikh yang cepat untuk membuat operation membuang rahim, berikutan HBKL punya tarikh yang lambat iaitu pada akhir bulan March.

Dan keesokan harinya (16 February 2011) , Bonda terus ditahan dan dirawat di PPUM sebelum operation dijalankan.

18 February 2011, doktor memasukkan filter ke dalam tubuh Bonda bagi mengelakkan komplikasi ketika pembedahan dan bagi mengelakkan darah dari masuk ke dalam paru paru sewaktu pembedahan.

Tiap tiap hari saya berulang alik dari Taman Melati ke PPUM.

Operation dijalankan pada hari Khamis (24 February 2011). Bonda dimasukkan ke dalam dewan bedah pada pukul 5 petang. Dan sekali lagi, hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa sayu hati melihat staff nurse menolak katil Bonda masuk ke dewan bedah. Saya sempat mencium Bonda beberapa kali dan berbisik pada Bonda "Mak jangan takut tau". Hati menahan sebak sambil melihat Bonda mengangguk angguk kan kepalanya dan memberi sebuah senyuman sehingga bayang Bonda hilang setelah pintu dewan bedah ditutup :( Air mata menitik lantas pintu ditutup.

Saya kembali bergegas ke kampus kerana ada test pada pukul 8 malam. Dan sedang saya membuat test, saya mendapat mesej dari seorang cousin, Ayu.

"Mak kau sedar sedar je tanya kau.
Aku yang terharu. Bergenang air mata".

Tengah buat test ni hati meronta ronta nak pergi sangat PPUM masa tu jugak. Habes je test, terus gerak PPUM. Saya terus mendapatkan Bonda dan menggenggam tangan Bonda sementara banyak wayar wayar dilekatkan ke tubuh Bonda. Alhamdulillah, operation selamat dijalankan tanpa sebarang komplikasi.

Keesokan harinya Bonda sudah boleh berjalan :) Walaupun masih lemah, tetapi ini merupakan langkah pemulihan yang baik.

Kini, Bonda masih lagi menjalani rawatan susulan di PPUM sementara menunggu untuk proses Chemotherapy nanti.

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang sangat kuat atas sokongan, dorongan, bantuan dan perhatian dari semua ahli keluarga terutamanya Paksu dan Maksu. Alhamdulillah.