Tuesday, March 13, 2012

Kronik!

D A H L A M A T A K U P D A T E

Tuesday, September 6, 2011

Wednesday, July 27, 2011

Three Out Of Eleven





Since Shera nak fly, so 3 days before kitorg dah kua g cari something untuk dia. Sampai macam tak tahu nak bg ape dah. Banyak sangat benda yg common. And kad adalah benda yg macam wajib untuk di bagi. Semua BFF buat ucapan dalam 1 kad. And some other extra stuff yg kitorg beli. Hish ini br nak g Bandung je tau. Negara jiran je. Kalau jauh lg tak tahu lah meraung lah kitorg. HAHA kbye!

OMG You're Leaving

Dear Shera, you're leaving us darling :'( Kitorg happy tapi sedih tapi happy tapi sedih tapi happy tapi sedih tapi happy. Shera, one of eleven BFF gonna leave us untuk further study dekat Bandung. Since kitorg 11 orang BFF tak pernah berpisah jauh jauh lagi, so ini lah yang kitorg rasa paleng jauh dan sedih. Mana tak nya, before this, kalau ada BFF gathering je semua Shera yg handle set the date semua tapi sekarang dia dah nak pergi jauh. Tapi tapi tapi, syok jugak dia g sana sbb nanti boleyh la kitrog kirim ape ape barang. Bandung kan mcm banyak jugak jual benda benda yg best best. HAHA and Aten mesti ada plan nak ajak BFF buat vacay sampai Bandung sana since Shera dah stay sana. Hee :P But! Gonna miss you so badly Shera! Mcm mana nak shopping raya mcm tahun lepas lg? Hmm tp takpe, kitorg kt cni doakan kejayaan awak kt sana. Amin.

Oh ya, mana yg nak tau sape Shera, ini gambar kat bawah ni lah dia. HAHA OMG OMG! Kitorg akan rindu gyle gyle punya. Mana tak rindu? Tengok lah perangai dia :'(

Dan yang bawah ini gambar yg normal. Ye! Dia chomeyl sgt. Hee gambar yg atas ni bila time dia tengah undercontrol. HAHA hanya BFF je yg tahu perangai dia mcm ni. But still, kitorg sayang jugakkk!

Thursday, July 7, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Whiteberry


Awwwww! Can I have this as my next wish list? I sangat jatuh hati dengan Curve tahu. Qwerty dia chomeylnyaaa $_ $ Nak nak nak!


23 Tahun Menjadi Zahidah Zainal

1988
Dilahirkan pada tahun 1988 iaitu tahun naga tak bermakna saya boleyh mengeluarkan api ikut mulut. HAHA atau garang seperti seekor naga. Itu semua kan kepercayaan orang Cina sahaja. Dan tarikh keramat 20 Februari 1988 itu menjadi tarikh lahirnya seorang puteri bernama Zahidah Zainal dan bukannya seekor naga. HAHA gyle!

1989-1993
Di awal 5 tahun hidupnya seorang Zahidah Zainal, tidak banyak yang saya engat, tapi setahu saya, Mak kata saya tumbuh gigi dulu baru berjalan. Dan sebelum masuk tadika, saya sudah pandai naik basikal. Tapi yang ada roda kecik kat tepi tu la. Time ni jugak kemain excited naek basikal. Sampai jatuh banyak kali pun saya kebal. Mak kata lutut saya banyak kali berdarah dekat tempat yang sama sebab laju sangat naik basikal sampai masuk longkang. Luka tu baru nak baik dah jatuh lagi. HAHA. Kalau sekarang jatuh sikit je sakit dia kemain mengada ngada. Dulu rilex je macam jaguh kampung. HAHA :D

1994
6 tahun. Pertama kali masuk ke zaman persekolahan rasa macam hebat gyle. Tadika Zaita nama tadika tu. Weyh, saya dah sekolah! Dah cukup besar tauuu! HAHA. Saya pergi ke tadika pada usia 6 tahun dan bukan 5 tahun seperti sesetengah budak yang lain. 6 tahun pun dah kira okay. Dan baju tadika warna hijau. Skirt pun warna hijau. Isnin sampai Khamis pakai skirt. Jumaat pakai baju kurung. Baju kurung pun warna hijau. Memang tema dia hijau lah semuanya. Saya masih engat lagi saya masuk persembahan tarian lepas tu siap pakai payung bagai. Haa dah nampak dah gedik tu memang dari kecik lagi :P Lepas tu masa rehat mesti makan nasi lemak. Tapi takda pulak isu nasi lemak diharamkan macam isu sekarang ni. Lepas makan nasi lemak pegi tangkap ladybird! HAHA bestnya!

1995
Darjah satu. Huish ni lagi rasa hebat! HAHA. Mula mula nama saya didaftarkan di SK Convent Sentul 2. Tapi entah mcm mana budak darjah satu ramai sangat sampai nama saya dihantar ke SK Sentul 1. HAHA lantak lah ape ape lah mana mana pun boleyh. Yang beza dia cuma Convent takda budak laki. Dan SK Sentul tu sekolah campur laki perempuan. Darjah satu best sebab saya selalu dpt nombor satu! Mungkin sebab darjah satu kot. HAHA. Masa darjah satu rumah sukan saya warna biru. Lepas tu masa sukan main pompom. Itu pun best jugak!

1996
Darjah dua. Time ni saya dah ada kawan baik. Mungkin sebab masa darjah satu dulu kelas sama lepas tu darjah dua pun kelas sama lagi. Itu adalah makna kawan baik bg saya buat masa tu. Ape ape kitorg buat mesti nak samasama. Rumah sukan pun sama. Saya masuk pompom dia masuk pompom. Saya masuk tarian menari dia pun masuk jugak. Oh yaa, dan mungkin juga dia sama sama belajar mengaji dengan saya pada sebelah petang. Sebab tu dia jadi kawan baik saya. Nur Hazwani nama dia.

1997
Darjah tiga dah tak dapat nombor satu macam darjah satu dengan darjah dua. HAHA. Tahun ni sibuk orang duk belajar sungguh sungguh sebab ada Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) tu. Mungkin saya tak berapa nak bersungguh, so saya tak dapat lompat pergi darjah lima. Kalau tak, mesti sekarang saya dah habis study :P

1998
Darjah empat. Diam tak diam dah sepuluh tahun dah saya hidup. Saya selalu naik basikal lajulaju masa balek mengaji sebab ada sorang budak laki ni selalu kejar saya masa balek. Tapi saya kan jaguh kampung sejak tadika lagi. HAHA. Sambil turun bukit lepas tangan pun saya boleyh. Jalan shortcut dekat rumah saya sume saya tahu.

1999
Darjah lima. Rasa menyampah pergi sekolah sebab budak laki yang selalu kejar saya tu sama clas dengan saya! HAHA kelakar lah. Gyle btol tahu time ni.

2000
Darjah enam. UPSR. Saya tidak lah cemerlang seperti masa saya darjah satu dulu. Dah darjah enam mesti lah susah sikit. Ada Sains la ape la semua. Dulu tadika mana ada. HAHA. Masa kena suntikan BCG saya cuak gyle sebab nama saya last sebab start dgn huruf Z. Bila dah tengok kawan kawan depan sume nanges, rasa macam nak cabut lari pun ada. Takot lahhhh! HAHA tapi tapi tapi saya pasrah. Bila tiba turn saya, owhh takda lah sakit mana pun. Hihihi. Lagi sekali rasa hebat sebab dah ada BCG!

2001
Tingkatan satu. Dan sekali lagi nama saya didaftarkan di Convent. Tapi kali ini. SMK Convent Sentul. Tingkatan satu saya kena behave sebab time tu ada 3 orang kakak sedara saya dekat sekolah yang sama. Owh tapi nama saya dikenali dengan cepat sebab ada 3 orang kakak sedara dekat sana. Kawan kawan dorg, semua jadi kawan kawan saya. Sekolah menengah rumah sukan saya warna merah dan dipanggil sebagai rumah Anne. Memandangkan kakak sedara saya, ketua pasukan sorak untuk sekolah, dia ada ura ura menyerap saya masuk dalam team dia. HAHA tapi saya taknak sebab gayat nak panjat lompat tinggi tinggi tu semua. Dan tahun ini, saya kehilangan nenek saya yang tersayang :'(

2002
Tingkatan dua. Senior sesi petang. Time ni baru lah saya menceburi pasukan sorak tapi bukan sekolah punya. Rumah sukan punya je. HAHA. Tingkatan dua jugak saya dah start rapat dengan kawan kawan dan mereka lah yang menjadi BFF saya hingga sekarang. Best gyle time ni. Bila sorg hilang je takda dalam clas, semua hilang. Ntah mana mana ntah kitorg lepak ponteng clas. Dan jangan tak tahu, pasal bola jaring pun kitorg boleyh gaduh time ni. HAHA padahal antara rumah sukan je pun. Dan part yang paleng best masa tingkatan dua, semua BFF saya masuk dikir barat. Owhh time ni budak budak dikir semua glamor glamor. HAHA habes hebat tau rasa kalau dapat terpilih masuk dikir. Bukan senang nak terpilih :P

2003
Tingkatan tiga. Tahun PMR. Sebab dah banyak sangat enjoy masa tingkatan satu dengan dua, so, PMR punya result pun enjoy jugak lah. Padan muka! Dan tingkatan tiga menjadi junior balik sebab sesi pagi untuk tingkatan tiga empat dgn lima. Kita kena berlagak cool di depan kakak kakak senior. HAHA. Tahun ni jugak atok pergi meninggalkan kami sama seperti nenek :'(

2004
Tingkatan empat. Saya pindah ke sekolah baru sebab family saya pindah ke Rawang. Sungguh saya taksuka tempat baru sebab besarnya saya selepas dilahirkan hanya di Sentul, Kuala Lumpur. Tiada tempat lain. Tetapi saya harus menerima kenyataan. Dan saya perlu mencari kawan baru di sekolah baru. Saya memilih clas Akaun kerana tidak berani masuk clas Sains masa tu. HAHA. Tingkatan empat saya paling banyak langgar peraturan sekolah. HAHA mungkin sebab dah rasa besar sangat kot. Dan mungkin juga orang panggil tingkatan empat sebagai tahun honeymoon.

2005
Tingkatan lima. SPM. Disebabkan tahun sebelum tu merupakan tahun honeymoon, jadi, saya pun terus bercinta cinta monyet masa tingkatan lima. Memang! Memang SPM lambat lagi. HAHA.

2006
Habis sekolah. Saya mempunyai dua pilihan samada masuk ke kolej atau masuk ke tingkatan enam untuk meneruskan pengajian. Dan disebabkan saya malas nak pergi sekolah lagi, saya mengambil keputusan untuk masuk ke kolej. Dan boleyh lah belajar hidup sendiri di luar. Kolej Poly-Tech MARA Ipoh menjadi kolej pertama saya. Dan daripada aliran Akaun masa tinkatan empat dan lima terus saya terpesong ke aliran Multimedia :D Saya pun tak tahu kenapa. Dan di sini, saya ada budak rumah sewa sendiri. Pengalaman pertama duduk dengan kawan kawan. Dan sampai sekarang, saya masih berhubung dengan mereka. Dan salah sorg daripada mereka masih lagi dengan saya, Intan Maizura :)

2007
2007 tahun saya mula mengenali Boyfriend saya, Mohd Ridzwan. Dan ya, Alhamdulillah saya masih dengan dia. Dari hari ke hari saya tak boleyh nak describe macam mana saya sayang dia. Ternyata dia, laen dari yang laen yang pernah saya jumpa.

2008
Akhir tahun 2008 merupakan pengalaman pertama saya bekerja. Itupun kerana saya praktikal pada semester akhir. Sekali lagi, saya mula merasa kehidupan duduk di luar dan kali ini di Bandar Tasik Selatan, Cheras. Time praktikal memang heaven gyle. Enjoy je. HAHA

2009
Dua tahun setengah saya di Kolej Poly-Tech MARA. Tahun 2009 saya dapat membawa ibubapa saya melihat saya naek ke pentas untuk mendapat segulung Diploma. Dan pada Julai 2009. Saya mendaftar nama di Universiti Kuala Lumpur untuk menyambung Degree. Owhh lamanya belajar. Bila nak habes ni. HAHA :D Dan sekali lagi, Intan Maizura masih dengan saya. Sedar tidak sedar, saya kembali ke Kuala Lumpur, tempat diamana saya membesar dan mendapat pendidikan awal ;)

2010
Tak banyak yang saya boleyh bercerita di tahun ini. Hidup sebagai seorang remaja kadang kadang ada pasang dan kadang kadang ada surut. Tapi kadang kadang tu sama je. Hidup student pulak tu. Faham faham lah macam mana.

2011
Awal tahun saya dikejutkan dengan penyakit yang Mak hadapi. Sungguh waktu ni hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan saya. Dan Alhamdulillah. Kini Mak dah nak habes buat rawatan Chemo. Dan dalam tahun ni je, dah banyak dah pahit manis yang saya lalui. Terkecewa, dikecewa dan mengecewakan. Gembira dan sedih saling berganti. Jatuh bangunnya saya dapat saya lihat sendiri. Tapi, kita kan manusia, hidup ibarat roda. Kadang kadang kita di bawah dan kadang kadang kita di atas.

Dan pada tahun ini juga saya harap saya dapat menjadi Zahidah Zainal yang lebih baek pada tahun tahun seterusnya dan lebih belajar erti hidup. Juga, menghargai orang orang yang ada disekeliling saya. Saya mohon kemaafan andai selama 23 tahun ini, saya pernah menyakiti sesiapa sahaja. Saya sendiri masih belum kenal siapa diri saya sebenarnya. 23 tahun masih lagi belum cukup buat saya.